Saturday, 31 December 2011

Gambar haiwan yang lucu !

eish . petang petang cenggini . takde lah pulak idea yang nak datang menerjah kepala otak . erm, tapi kena jugak buat entry . yelah, tak guna blog ddiwujudkan kalau taknak guna . betul ke tidakkk?
semalam masa Spide selongkar folder-folder dalam lappy Spide, Spide jumpa gambar haiwan-haiwan yang lucu . Dulu Spide memang suka kumpul banyak-banyak . Haha . Jadi, Spide pun nak jugak kongsi dengan korang .

ENJOYYYYYY













Friday, 30 December 2011

kerja REPAIR itu kerja aku!

hoh . sekarang belum ada idea lagi nak post apa . Jadi, untuk tidak membuang masa, tenaga dan blog , Spide nak bagitau yang Spide tengah repair CUBE Spide ! Tau tak Cube tu ape? mende nie ha

ada orang panggil RUBIK . tapi Spide suka panggil die CUBE

Oh Cube ku .
Dahulu kau begitu megah menunjukkan dirimu yg menawan di hadapan rakan-rakanku .
Aku cukup bangga dengan dirimu walaupun kau hanyalah CUBE .


Kini, kau telah menjahanamkan diri kau sendiri . 
Tanpa ku sedari, kau begitu membenci dirimu kerana warna senang hilang.
Tapi bagiku, itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus bersamamu .
Tapi kenapa ! KENAPA ! KENAPA ! dan KENAPA !
Kenapa kau buat begitu !!



Kau tengok lah rupa kau sekarang!
Hancur ! Hancur ! HANCUR !
Kau telah menyusahkan diriku untuk membaiki mu .
Tapi takpe, demi kau aku sanggup melakukannya !
Walaupun sudah 2 bulan aku mengenepikan kau.
Tapi kini aku kembali untuk membaiki mu !
OHYEAH !!!!!



dalam mood nak merepair . hehe . entry nie nampak macam mengarut sangat ke? haha .

Wednesday, 28 December 2011

Akulah si pembunuh itu ....

Ya. Gerun tak mendengar tajuk di atas? Namun, itulah hakikatnya . Aku pun tidak menyangka yang aku akan jadi seorang pembunuh yang berkaliber . Gelaran ini diberikan secara sengaja oleh anak-anak Cik Yam belakang rumah aku . Apa pun, aku berbangga kerana gelaran inilah yang menjadikan aku seorang yang ditakuti ramai. Apabila aku lalu sahaja didepan diorang, dengan pantas seperti kentut diorang melarikan diri . Tapi, aku peduli apa . Diorang tak mengganggu aku pun . Malah, memberikan laluan yang mudah untuk aku .



Macam mana aku buleh dapat gelaran yang menggerunkan ini? Ceritanya macam nie .
Ketika langit masih belum memutihkan diri, aku terjaga dari tidur disebabkan oleh seorang gadis gedik yang menjerit macam nampak artis kacak . Aku bangun dari tempat tidur yang macam sarang tikus itu . Tiba-tiba satu bau busuk singgah kat kidung aku . Eh, dia ingat hidung aku ni tempat rehat ke? Aku abaikan saje bau tu sebab aku tau itu adalah bau sampah yang dah dua minggu aku tak buang . Pengotor sungguh! Aku pun sambung perjalanan menuju ke destinasi iaitu tempat datangnya suara perempaun gedik . Oh, rupa-rupanya tu suara adik perempaun aku . 

"Ish, kau ni dik . Kacau aku tidur je . Aku WWE kau karang macam Randy Orton buat . Baru kau tahu!,"getus hatiku . Aku tak berani nak cakap depan muka adik aku sebab aku takut dihempap oleh badannya yang sasa seperti bapak gajah tu . Sebab tu aku tulis PEREMPAUN bukannya PEREMPUAN .

"Kau ni dah kenapa dik? Macam orang sasau je aku tengok," aku bercakap dengan penuh berkati-hati bagai ada kanak-kanak melintas tengah jalan . "Tu !!! Tu !!!" , jerit adik aku . Bergegar rumah yang mak bapak aku beli hasil dari titik peluh berkebun di Farmville . Ohh, itu rupanya . Patutlah adik aku menjerit macam ada orang nak memperkosa dia . Eh, ada ke orang nak buat camtu kat adik aku? Ah, lantaklah . Lantas aku masuk ke sarang tikus aku dan mengambil senjata aku yg terhebat! Biarkan dia ! Rasakan dia ! 

Aku berlari macam mengejar perempuan cantek kat depan aku . HIYARGGGHHH ! Akhirnya, tembakan M16 aku mengena ! eh, sebenarnya lastik je. Lalu, mati menggelupur si dia di hadapan aku . Adik aku pun cium kat pipi aku tanda terima kasih . Pipi belah kanan aku terasa basah . Nak lap, tak berani . Takut adik aku kecik hati . Aku biarkan saje dengan perasaan jelek di hati . Aku pun masuk balik dalam bilik aku . Nak sambung tidur .

Bila aku bangun dari tidur, adik aku dah siapkan sarapan untuk aku . Fulamak! Nie yang best nie . Tapi masalahnya sarapan yang dia buat tu pun sama debab dengan dia . Manalah aku larat nak makan semua . Tapi aku makan jugak sebab aku buruk lantak . Haha . Lepas makan , aku keluar dari rumah . Bukan lari dari rumah macam budak-budak sekarang selalu buat sebab kena sepak manja dengan bapak . Aku cuma nak ambil angin luar je . Tetiba dengar anak-anak Cik Yam jerit, 

" Eh, Abang ke yang bunuh TIKUS tu semalam? Ohh, dasyatlah abang nie ! "

Sejak dari itu, aku digelar pembunuh tikus . Aku dapat tawaran kerja kat syarikat bunuh haiwan perosak . Dan dengan duit gaji aku tulah, aku bantu mak bapak aku kembangkan lagi pertanian diorang yg kat Farmville itu . Adik aku cukup bangga dengan kejayaan aku sebab dia pun berjaya mengepau aku RM100 sebulan . Nak belanja kawan-kawan makan MekDi katanya .



Begitulah kisahnya . AKULAH SI PEMBUNUH ITU ...............

WORDLESS WEDNESDAY #3





impian membuatkan kita lebih berusaha untuk mendapatkannya . inilah yang Spide nak

Tuesday, 27 December 2011

Perasaan ketika ini .....

perasaan Spide sekarang nie same dengan budak yang duduk atas kerusi tu . Haha

ini namanya lukisan dalam keadaan mengantuk . jadi, memang buruk sesangat la


Hari ni sangat malas nak update . Sebenarnya lama dah tak update . Esok Spide
update pasal Spide bercuti! hoho~

p/s : malas lah pulak nak cerita . haha . tengoklah nanti . kalau rajin baru nak update . haha

Bercuti bersama raja itu indah ..

Friday, 23 December 2011

Jom Join Group AKSI KUCING SEDUNIA !

Wohoho .. Group nie best woo .. Banyak gambar kucing comel-comel .. ^_^ .. Sriyes tak tipu!
Group ni pun ada blog .. Nak tengok blog Group yang OHSEM nie? Tekan lah kat sini --> Cucuk Sini

Kalau korang rasa stress ke apa ke, datanglah jenguk group ni .. Eh, lupa pulak nak bagitau yang group ni ada kat mana .. haha .. Group nie ada kat facebook ..

Kalau korang nak join, bagitau Spide .. Spide buleh approvekan .. Sebab Spide salah seorang admin .. hehe ^_^ .. Yang menariknya dalam group nie .. Korang buleh postkan gambar kucing korang sendiri .. Wahahaha .. Sure korang ceria punya lepas tengok ! nak cerita pasal keunikan kucing korang pun buleh ..

Nah, Spide hidangkan korang dengan gambar-gambar yang ada kat group tu .. Tapi beberapa jelah .. Kalau nak tengok lagi, pegilah kat group tu .. ^_^ .. Nama group tu : Aksi Kucing Sedunia .. 






cukuplah 3 .. tengok lah sendiri kat sana .. hehe

Ichie : maaf yer ahli-ahli AKSI KUCING SEDUNIA .. Spide pinjam gambar korang .. 

Bapak yang Hermmmm ....

Gadis  : Hari ni saya akan jalani pembedahan jantung . 

Lelaki : Saya tau . Saya doakan agar awak jalani pembedahan dengan selamat . I LOVE YOUUU .

Gadis : I LOVE YOU TOO . 

((( Bile sedar dari pembedahan, Gadis tengok Lelaki takde . Yang ada cuma ayah si Gadis )))

Gadis : Ayah, mana lelaki ? 

Ayah  : Gadis tau tak siapa yang derma jantung untuk Gadis?

Gadis : Apa ???? HUWARGGHHHHH !!!! ( menangis teresak-esak )

Ayah  : Hehe Takde la . Ayah melawak je . Dia pergi tandas . 



Wednesday, 21 December 2011

WORDLESS WEDNESDAY #2



apasal kucing ni bijak sangat ?!~    =.='

Hari yang dinantikan sudah hampir tiba!!!!!!

What ????!!!!!
Esok keputusan PMR keluar? Jap jap .. Nak kelip-kelip mata .. Rasa cam tak caye je ..
Sebelum ni Spide takdelah rasa debar sangat .. Sebab taknak pikir pasal esok .. Yelahkan, takut tepikir mende bukan-bukan pulak .. =.='

So, pagi tadi masa bangun tido, baru teringat pasal mende nie ..
Nah kau! Menjerit lah! ape lagi .. Okay, aku tipu .. Menjerit dalam hati je .. ^o^

Spide baru terasa debaran result ! Alhamdulillah Spide masih normal .. wakakaka .. Kawan-kawan Spide semuanya dah berdebar-debar since seminggu yg lalu .. Wahahahaha .. Kepada penduduk rakyat PMR tahun 2011, Spide doakan agar korang berjaya mencapai target yg diingini .. ^o^

Sesiapa yang rasa-rasa tak buleh nak ambik result esok, korang buleh cek keputusan melalui SMS dengan cara ::
PMR <jarak> No. IC <jarak> Angka Gilirandan hantar ke 15888
tapi kemungkinan mesej korang akan lambat dibalas .. jadi bersabar
lah ye .. mesej tu akan tetap dihantar .. takyah nak risau .. ^_^

Lepas korang cek result tu, rajin-rajin kanlah diri pergi ambik kertas penting tu kat sekolah .. Manalah tau, nanti buleh tunjuk bukti kat anak-anak korang yang korang cemerlang dalam PMR .. wahahaha .. Takdelah diorang kata mak/bapak diorang tipu .. Tak gitu?? 

Haha .. Hokay la semua .. Spide tau .. takde sape yang baca cerita Spide .. =( .. hmm .. Sapelah diri Spide nie kan .. Tapi Spide tak kisah .. Spide anggap tu semua COBAAN dalam berblogging .. ^o^

Korang doakan lah Spide cemerlang dengan lulusnya .. eh, silap .. lulus dengan cemerlangnya! hehe~

ghope Spide sekarang nie!

Tuesday, 20 December 2011

1st GiveAway by Anis and Aina

http://1.bp.blogspot.com/-AqvjeiiIr4w/TuIcPIDEcJI/AAAAAAAAACo/KuqTQucuWDk/s1600/39rGI.png

haha! dalam masa yang sama, dua giveaway Spide join .. Itulah Spide ..
Sekali jumpa, nak je join banyak-banyak .. tapi kalau tak jumpaa, memang
sangat malas lah nak join .. haha .. SILA TEKAN KAT BANNER UNTUK JOIN .. 
korang kena join! wahahah .. Spide tak paksa .. Tapi kalau korang rasa korang
nak join, join je la .. Lagi ramai, lagi bagus! ^o^

Tarikh tutup giveaway ni : 27 DISEMBER 2011
Tarikh umum pemenang : 29 DISEMBER 2011

Lupa pulak nak bagitau, pemenang dipilih menggunakan random .. 
Jadi, nasib korang lah terkena atau tidak .. Doakan Spide dapat ye ..
Spide turut doakan untuk korang .. ^o^

Spide nak tag dua orang yang rapat dengan Spide ::::::::
Syaf_Free_Nation
Zaliya

End Year Random Giveaway


wuhuuuu! Syoknya join giveaway .. Spide dah lama tak join .. Bukan apa,
Spide tak jumpa giveaway .. hehe .. Nasib baik hari ni ada jumpa! wahahaha

Syok kan dapat join giveaway banyak-banyak ? Manalah tau ada 
rezeki kita .. hehe .. Apa? korang nak join sekali ? Tekan kat banner tu yer .. ^o^

Nak tau syarat-syarat join? Jom scroll ke bawah .. ^_^

  1. Letak Tajuk 'End Year Random Giveaway'.
  2. Letak banner kat atas ni.
  3. Kena konfem yang korang ada blog. Kalau takde blog, maaf ye .. Spide tak dapat nak tolong. ^_^
  4. Tengok kat blog tersebut...........
Haha .. Kalau nak tau, pergilah kat blog tu .. Syarat-syarat dia mudah je .. [|o_o|]

Sekian, terima kasih

Monday, 19 December 2011

Siri 3 : Tanda-tanda korang masih kanak-kanak


  1. Kalau nak menyibuk dengar mak korang bercerita, mesti kena halau.
  2. Kalau mak bawak pergi jalan-jalan, mesti korang merengek mintak mak belikan jajan ataupun mainan.
  3. Duduk je depan tv, terus bukak cerita kartun. Kalau ada orang tukar, menangis hentak-hentak kaki.
  4. Mak rajin buatkan majlis harijadi yang grand berbanding kakak atau abang korang.
  5. Kakak atau abang korang selalu tak berkongsi cerita dengan korang. Alasannya, "kau budak-budak lagi".
  6. Tangan korang sekarang ni sedang memegang pen atau pensel warna sebab korang tengah melukis 'karya teragung' korang dekat dinding.
  7. Kalau korang buat salah, mak bapak tak marah. Katanya, "budak-budak, biasalah tu".
  8. Sangat suka bermain game yang bersifat keanak-anakan.
  9. Petang-petang selalu keluar pergi main dengan kawan-kawan kat taman permainan. 
  10. Selalu ikut gaya watak kesukaan korang kat tv. Macam yang ShinChan buat kalau tengok Eksyenkamen.


Kesimpulannya, korang tetap kanak-kanak kalau umur korang masih dibawah 18 tahun .. haha .. Sama je dengan Spide.. Spide suka jugak tengok kartun .. Best apa

Sekian, terima kasih ..

Sunday, 18 December 2011

Hiburan Petang bersama KUCING

Assalamualaikum .. Petang-petang macam ni korang mesti boring kan? Wahaha .. Spide pun boring jugak .. Tapi takdelah boring sangat .. Sambil update blog, dengarlah kak nisa kay di GAUL FM .. Hoho .. Jom kita berhibur dengan gambar-gambar kucing yang menarik!

                                                     
walaupun saya kucing, saya suka
BLOGGING !

kepala saya rasa macam nak patah! Tapi
saya tetap senyum!

merokok membahayakan kesihatan. Tapi
saya tetap nak cuba!

saya ada taring. Awak ada ke?

Awak ingat saya tak reti BOXING ke? 
Saya reti tau walaupun cuma seekor kucing.

seronoknya menyelam tadi. Banyak ikan
saya dapat!

Badan saya fleksibel. Awak tak kan?
Hehe

No No! Salah! Cuba lagi dari mula!

Ini bestfren saya tapi dari mula berkawan,
dia tak pernah nak bercakap dengan saya!

Gambar ni macam edit je! haha

Terhibur tak? Kalau terhibur, tekan ler LIKE .. Nak komen sekali pun boleh .. Hehe
Sekian, terima kasih

Saturday, 17 December 2011

Siri 2 : Masa kecik-kecik dulu ...


MASA KECIK-KECIK DULU aku selalu takut nak pergi tandas sorang-sorang kalau waktu malam. Bila aku kejut mak suruh teman, dia temankan aku dengan bebelannya. Wahaha. Rindu saat tu.

MASA KECIK-KECIK DULU kalau aku mintak kat mak nak beli robot, mesti dia belikan. Agaknya kalau sekarang aku mintak kat mak, mesti dia cakap " kau ni sewel ke apa? Dah besar nak main robot lagi. " haha.

MASA KECIK-KECIK DULU aku selalu rajin pergi sekolah. Sekarang ni macam-macam alasan aku bagi.

MASA KECIK-KECIK DULU kerja sekolah selalu je siap sebab aku selalu buat lepas balik sekolah. Sekarang ni kalau hujung minggu pun belum tentu aku buat. 

MASA KECIK-KECIK DULU aku tak pernah kenal erti facebook. Tapi aku tengok budak sekarang nie kecik-kecik lagi dah ada facebook. Sampai ada dua tiga akaun.

MASA KECIK-KECIK DULU aku selalu pelik tengok perempuan yang perutnya besar. Sekarang aku dah tak rasa pelik sebab aku tahu dia mengandung. Haha

MASA KECIK-KECIK DULU tv kat rumah aku selalu dihiasi dengan rancangan kartun sebab aku yg kontrol tv. Tapi sekarang, hmmmm ......

MASA KECIK-KECIK DULU aku selalu impikan nak jadi dewasa sebab bagi aku dewasa lagi best. Boleh beli mainan banyak-banyak. 

MASA KECIK-KECIK DULU aku tak pernah ada blog. Tapi sekarang aku dah ada blog. 



Sekian, terima kasih.

Ichie : Entri bersiri bukan cerita pasal diri Spide. Tapi berdasarkan pemikiran .. wahahahha

Friday, 16 December 2011

Siri 1 : Aku Geram Bila ....

Hoho, entry macam ni Spide gelarkan entry bersiri .. Sebab apa bersiri .?. Sebab Spide suka la .. haha


AKU GERAM BILA penat penat beratur masa nak cucuk duit kat bank. Bila sampai turn aku, mesin tu out of service ..

AKU GERAM BILA aku beli lauk kat kedai. Nampak macam sedap je, tapi rasa macam hampeh !

AKU GERAM BILA aku dah siapkan kerja sekolah. Tapi bila sampai sekolah cikgu taknak kutip.

AKU GERAM BILA baju yang dah dilipat dan aku susun elok-elok kat almari pastu adik aku datang sepahkan balik semuanya.

AKU GERAM BILA aku dah stenbai depan tv untuk tengok cerita yang aku tunggu-tunggu. Rupa-rupanya cerita tu digantikan dengan cerita tak best. Perangai macam tu amatlah tak senonoh ye adik-adik.

AKU GERAM BILA aku ikut arah anak panah menuju ke rumah pengantin. Sampai je destinasi baru aku sedar kenduri tu minggu lepas.

AKU GERAM BILA kerja yang pensyarah aku bagi dah hampir siap tapi musnah hanya disebabkan secawan kopi yang tidak berdosa.

AKU GERAM BILA aku tengah seronok tweet dengan kawan pastu aku kena tweet limit. Sifat yang tidak wajar dilakukan oleh mr.twitter.

AKU GERAM BILA aku habiskan cuti aku dengan mengemas rumah. Pastu bila adik aku balik, dia sepahkan rumah. Rasa macam nak terajang je budak tu.

AKU GERAM BILA pasangan aku tak ingat tarikh lahir aku. Cehh sangat vongoks.

AKU GERAM BILA orang dekat pasaraya panggil untuk tulis borang dan dapatkan barang free. Rupa-rupanya dia suruh bayar jugak. Sungguh tak bermoral kerja kau!

AKU GERAM BILA internet kena potong sebab tak bayar. Haha padan muka aku.

AKU GERAM BILA takde orang follow aku. Padahal dia yang beria tinggalkan link bagai. Nak suruh aku follow, tapi tak follow aku. Cett sakit hati. -.-' Eh, aku tak mengamalkan prinsip 'you follow me, i follow you back' tapi aku dah terbiasa follow orang yang tinggalkan link.

AKU GERAM BILA entry ni takde sambutan langsung. Penat je perah otak.



sekian terima kasih

Monday, 12 December 2011

blog dimakan anai-anai

Spide rindu kat blog nie .!!!!. hoho~ lama tak update .. Bila lama tak update, maka dengan jayanya anai-anai membina rumah a.k.a istananya didalam blog ni ..

Spide tak update blog hari sabtu sebab Spide pergi ke kenduri arwah makngah Spide .. Dia buat untuk arwah anaknya .. Sedih sangat bila kenangkan balik .. Spide ingat lagi ,, dulu masa Spide tinggal di rumah makngah Spide [sebab parents Spide pergi umrah], arwah yang ajar Spide tentang pelangi .. Masa tu Spide kecil lagi sebab tu Spide tak tahu apa itu pelangi .. Waktu tu arwah tengah basuh kereta, pastu Spide nampak buih-buih kecik ada macam-macam warna .. Spide teruja sangat .. Spide pun tanya lah, warna kat buih tu apa .?. Arwah pun terangkan lah tentang tu dan macam mana ia boleh terhasil .. Spide ingat sangat perkara tu sampai sekarang .. 

Spide rasa sedih bila kenangkan semuanya ..

Hari Ahad Spide tak update jugak .. Apa kejadahnya semua ni .?. Haha .. Spide malas lah nak update semalam .. Lagipun takde idea nak tulis pasal apa .. Semalam Spide penat sangat .. Sebab hari Sabtu tu kan ada kenduri .. Pastu petangnya pulak, mak Spide ajak sedara Spide pergi jalan-jalan kat pekan PD .. hoho~ .. 

Spide rasa penat macam kucing kat atas nie .. haha

p/s : entry nie macam takde tujuan kan .. haha

Friday, 9 December 2011

Giveaway by Aida Shafiena and Fasihah Latiff


Oi Spide .. Nie apa benda pulak nie ..?
Nie giveaway lah, tak nampak ke kan ada tulis kat banner tu .. Haishh .. Nie adalah Giveaway kedua yang Spide join .. Korang nak join .?. Macam tak biasa pulak, tekan je kat banner tu .. Tadaa .!. Korang telah berjaya masuk ke blog salah seorang owner giveaway ..

Giveaway nie ramai sponsor tau .. Nak tau diorang sponsor apa ..? Ada macam-macam .!. Jadi tunggu apa lagi .. TEKANLAH BANNER TU SEKARANG ..!!

Kat sini Spide nak tag :::::


Spide minat beliau

Assalamualaikum ..
eh, siapa yang Spide minat nie ..? Ceritalah sikit .. Hokay, Spide minat penyanyi yang bernama SHILA AMZAH. hoho~ .. Spide minat sangat kat dia .. SHILA AMZAH mula melihat dunia pada 13 OGOS 1990 dan mula menyanyi sewaktu umurnya 5 tahun .. SHILA AMZAH memenangi tempat kedua semasa memasuki pertandingan ONE IN A MILLION .. Yeah ..! Agaknya dari situ SHILA AMZAH dikenali dengan nama SHILA OIAM ..


Kenapa Spide minat Shila Amzah ..?
Spide minat kaksha sebab suara dia unik .. Dia baik tau .. Rajin layan peminat
kat Twitter .. Itu adalah salah satu sebab kenapa Spide minat kaksha .. Sebenarnya
ada lagi sebab, tapi tu biarlah rahsia .. Muahahaha ..

Apa yang uniknya pasal Shila Amzah ..?
Uniklah ..! Suara unik .. Senyuman kaksha lawa .. Tak caya cuba peratikan betul-betul ..
hah, lawakan .. Dah cakap taknak percaya ..

Apa yang Shila Amzah selalu buat ..?
Selalu buat ye .. hmm .. Saya rasa TWEET dengan UPLOAD VIDEO kat youtube ..
Tak percaya lagi .? Pergilah tengok kat youtube .. Banyak tau ..! Satu hari tak puas tengok ..

Apa yang boleh saya buat untuk berhubung dengan Shila Amzah ..? *saya dah mula minat*
Haha .. Hah, tulah .. Baru dengar sikit, dah minat .. Hmm .. Awak boleh berhubung dengan
kaksha melalui twitter, @Shilaamzah ataupun di facebook Shylla .. Ataupun boleh join group #shilalas

Dulu masa kecik, Spide memang dah lama minat SHILA AMZAH .. Lagu dia yang membuatkan Spide minat sangat kat dia ialah lagu Memori Tercipta ..! Masa tu Spide taktau nama penyanyi dia .. Spide pun cari lah sapa penyanyi .. Pastu hampa sebab taktau .. Dan sekarang ..! Spide dah tau kebenarannya .!!! hohohoho~
Sekarang Shila Amzah ada Patah Seribu ..! Apa, tak pernah dengar ..? Meh sini Spide nak LUKU kepala .. Lagu nie dah selalu keluar radio tau .. Pernah jadi juara carta hotfm .. Carta apa ek ..? Dah lupa lah pulak .. haha~

Kaksha, kalau kaksha baca entry nie , saya nak cakap sesuatu .. #HAIYEBIU ..!!!!!! hoho~

Ichie : Spide lupa nak bagitau .. Tarikh lahir Spide 23 OGOS 19_ _ .. hoho~ beza sepuluh hari je .. muahaha

Thursday, 8 December 2011

segmen up follower dengan sepantas kilat

segmen first Spide join ..

BELOM COBA, BELOM TAW !

teruja tak bila baca tajuk ..?! Jadi, tunggu apa lagi .. Buat lah entry cepat ..! Opss sebelum tu, tekanlah banner atas tu untuk pergi ke blog tuan segmen ..

Senang je syarat-syarat dia .. Tak perlu korang bersusah-payah naik turun pejabat, pergi sain kontrak, daftar diri di syarikat pengiklanan atau buat berita tergempar ..
Hoho .. Tarikh tutup belum diberitahu .. Jadi, tunggu apa lagi ..?! BUAT LAH CEPAT ..!

Spide marah ke ..? *buat muka kesian*
Taklah .. Mana ada marah .. Cuma nak suruh korang join cepat .. Okay ..? =^_^=

Contest My Top Referral by Amira Studio


contest pertama yg Spide join ..

Amacam ..? Korang terkejut tak ..? Tak eh ..? Takpelah .. Sobs Sobs .. *mengada-gada*
Korang, jom join sekali contest nie .. Klik je kat banner tu sebab banner tu dah di link kan terus ke contest tersebut .. Kat bawah ie Spide tunjukkan hadiah-hadiah yang ditawarkan ..

HADIAH UTAMA
*RM100 cash
*FootDetox(RM20 each) tajaan dari FizzAsmara

HADIAH KEDUA
*FootDetox(RM20 each) tajaan dari FizzAsmara
*Vector Couple tajaan dari Firdani Love Story

HADIAH KETIGA
*Vector Single tajaan dari Firdani Love Story

CONSOLATION
*Doodle untuk 3 pemenang Yasmin Aris

Teruja tengok hadiah-hadiah tu semua ..? Jadi tunggu apa lagi ..! Joinlah cepat .. Klik banner tu ..! Muahaha

TARIKH TUTUP : 31 DISEMBER 2011

Wednesday, 7 December 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

giveaway pertama yang Spide join....

Kali nie Spide nak join satu giveaway dari seorang blogger ..! Korang nak join ..? Jomlah join .. Hadiahnya agak lumayan ..! Korang boleh join dengan cara klik pada banner tu ..! Kalau korang nak join, korang kena patuhi setiap syarat-syarat yang ditetapkan .. Ok lah, sebelum Spide merapu dengan lebih panjang, Spide akan senaraikan sponsor-sponsor untuk giveaway ini ..

fuhh ..!!! ramainya sponsor ..!!! diorang nie bagus lah ..! buat kerja amal ..! Okay, korang nak tau syarat-syarat nak join giveaway nie ..?!

Nie dia .. ::::::

  1. Buat entry bertajuk "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay".
  2. Letak banner giveaway dalam entry.
  3. Letak link sponsor. 
  4. WAJIB letak semua sponsor[blogshop] di bloglist. Untuk sponsor yang hanya ada fanpage, pergi like page diorang di facebook.
  5. Promote entry nie secara besar-besaran[cewahh] ^_^
  6. Tekan butang LIKE dan TWEET di bawah entry blog tersebut.
  7. LIKE fanpage blog Saya Suka Menaip.
  8. Ikut semua syarat kat atas.
Hokay, semua syarat telah saya kotakan ..! hohoho~

GIVEAWAY INI 'BERNYAWA' DARI 6 DISEMBER 2011 HINGGA 31 DISEMBER 2011 
Sekian terima kasih ..

Ichie : Harap-harap Spide dapat menang giveaway nie ..INSYAALLAH .. AMIN ..

p/s : sebelum Spide salah link .. Jadi, Spide dah tukar .. boleh lah join terus .. 

WORDLESS WEDNESDAY #1



kami gangster .. kalau ada orang kacau lu orang, bagitau kami .. =P



Tuesday, 6 December 2011

Komik di FACEBOOK ..!

Skarang nie kat pesbuk dah banyak pasal komik .. Ada macam-macam jenis .. Spide sangat terhibur masa baca semua cerita tu .. Korang tau tak, yang dulu selalu kecoh dengan FUNNY-PROFILES-STORY .. Tak tau apa benda tu ..? meh sini saya tunjuk contoh ..

Sori kalau tak nampak tulisan .. Korang boleh tengok di page yang Spide bagi .. 

Itu adalah salah satu contoh .. Mereka yang kreatif akan mengedit ye status dan komen di pesbuk .. Nak tau macam mana diorang edit ..? Tanyalah Spide tanyalah Spide *mengada-ngada* 

macam mana diorang edit ..? *muka terpaksa*
diorang edit dengan cara sendiri lah .. haha .. okay jangan marah .. next entry, Spide akan ajar kepada sesiapa yang tak tau ye ..

bile popularnya funny-profiles-story nie ..?
Spide rasa benda fofular pada awal tahun nie kot .. Hmm, entahlah .. Sebab apa Spide cakap camtu ..? Sebab Spide baru jumpa benda nie awal tahun 2011 ..

kat mana boleh saya tengok lagi benda nie banyak-banyak ..?
Anda boleh pergi ke link ini untuk tengok .. Tapi benda nie dah lama tak update .. Jadi yang akan korang tengok nie, dah lamalah .. Tapi, sure best ..!!

Hokay, tapi tu semua dulu punya cerita .. Skarang nie dah femes dengan Comic FOREVER ALONE dengan yang sewaktu dengannya *Spide taktau nama dia sebab ada banyak sangat* ..

Komik Forever Alone dan yang sewaktu dengannya tu apa ..?
Okay, Spide kongsi gambar lagi ..

yang nie saya taktau nama .. haha

ini fuuuu ..

Hokay, tu je gambar yg Spide kongsi .. Forever Alone takde pasal tak jumpa .. haha .. Sejak akhir-akhir nie jarang orang buat kot .. Hokay, masa untuk jawab soalan ..

Bile comic nie femes ..?
Komik nie femes dalam tahun nie jugak rasanya .. Sebab Spide masih tak pasti tentang kewujudannya .. haha

Siapa yang buat benda nie ..?
Kalau dulu mungkin beberapa orang je yang buat .. Tapi sekarang benda nie dah berkembang maju sebab dah ada web yang boleh buat komik nie .. Lagipun komik nie boleh dibuat melalui PAINT je .. nie link unutk buat komik nie .. 

Comic nie kat mana boleh saya tengok banyak-banyak-banyak-banyak  ..? *saja letak bebanyak*
Korang boleh cari di FUUUBOOK ataupun page OH ! LAWAK di fesbuk .. Cubalah cari .. Kat situ ada banyak yang menarik dan kelakar ..!

Sekian, terima kasih ..

Ichie : Sori kalau korang rasa Spide mencurik idea korang .. Maafkan ye .. Pleasseee





5 Jenis Kucing Paling MARVELOUS Di Dunia ..!

Kat dunia nie, ada banyak jenis kucing .. Tapi entry kali nie Spide nak cerita pasal 5 jenis kucing paling AWESOME di dunia ..!!

SCOTTISH FOLD
Kucing jenis ini jugak dikenali dengan nama Coupari. Tulang rawan telinganya agak berisi dan terlipat. Hasilnya telinganya kelihatan ke hadapan dan berlipat. Asalnya kucing ini dikenali dengan nama Flops untuk 'floppy ears'. Nama Socttish Fold telah berkembang pada tahun 1966.

ORENTIAL SHORTHAIR
Kucing ini kadangkala disalah anggap kerana rupanya seperti seekor anjing. Gabungan antara tubuh kucing dan anjing dengan keragaman warna dan pola menjadikan kucing ini salah seekor kucing yang terunik di dunia. Kucing ini dikenali dengan sifatnya yang peramah, bersifat ingin tahu, serta emosional.

PETERBALD
Kucing ini asalnya daripada Rusia. Ianya kelihatan seperti tidak berbulu kerana bulunya sangat pendek. Matanya berbentuk almond dan memiliki sepasang telinga yang besar. Mereka kehilangan gen rambut dan bulu mereka memiliki warna seakan abu-abu.

SPHYNX
Kucing ini juga dikenali sebagai berbulu Kanada. Kucing ini mula dikenali pada tahun 1966. Mereka adalah spesies kucing yang tidak mempunyai bulu. Kulitnya yang mencorakkan sendiri warna pada badannya. Kucing ini merupakan salah seekor kucing yang mendapat permintaan tinggi untuk dibela dan merupakan salah seekor kucing yang termahal di dunia.

TURKISH ANGORA
Kucing ini seperti namanya mula berkembang di Turki. Kucing ini memiliki sepasang mata yang agak unik. Matanya mungkin biru, hijau atau kuning, atau sebelah biru sebelah kuning. Matanya juga membantu untuk mendengar.

Itu antara 5 jenis kucing yang dapat aku kongsi. Sekian terima kasih ..