Tuesday, 6 December 2011

5 Jenis Kucing Paling MARVELOUS Di Dunia ..!

Kat dunia nie, ada banyak jenis kucing .. Tapi entry kali nie Spide nak cerita pasal 5 jenis kucing paling AWESOME di dunia ..!!

SCOTTISH FOLD
Kucing jenis ini jugak dikenali dengan nama Coupari. Tulang rawan telinganya agak berisi dan terlipat. Hasilnya telinganya kelihatan ke hadapan dan berlipat. Asalnya kucing ini dikenali dengan nama Flops untuk 'floppy ears'. Nama Socttish Fold telah berkembang pada tahun 1966.

ORENTIAL SHORTHAIR
Kucing ini kadangkala disalah anggap kerana rupanya seperti seekor anjing. Gabungan antara tubuh kucing dan anjing dengan keragaman warna dan pola menjadikan kucing ini salah seekor kucing yang terunik di dunia. Kucing ini dikenali dengan sifatnya yang peramah, bersifat ingin tahu, serta emosional.

PETERBALD
Kucing ini asalnya daripada Rusia. Ianya kelihatan seperti tidak berbulu kerana bulunya sangat pendek. Matanya berbentuk almond dan memiliki sepasang telinga yang besar. Mereka kehilangan gen rambut dan bulu mereka memiliki warna seakan abu-abu.

SPHYNX
Kucing ini juga dikenali sebagai berbulu Kanada. Kucing ini mula dikenali pada tahun 1966. Mereka adalah spesies kucing yang tidak mempunyai bulu. Kulitnya yang mencorakkan sendiri warna pada badannya. Kucing ini merupakan salah seekor kucing yang mendapat permintaan tinggi untuk dibela dan merupakan salah seekor kucing yang termahal di dunia.

TURKISH ANGORA
Kucing ini seperti namanya mula berkembang di Turki. Kucing ini memiliki sepasang mata yang agak unik. Matanya mungkin biru, hijau atau kuning, atau sebelah biru sebelah kuning. Matanya juga membantu untuk mendengar.

Itu antara 5 jenis kucing yang dapat aku kongsi. Sekian terima kasih .. 

0 komen terhebat!: