Friday, 16 December 2011

Siri 1 : Aku Geram Bila ....

Hoho, entry macam ni Spide gelarkan entry bersiri .. Sebab apa bersiri .?. Sebab Spide suka la .. haha


AKU GERAM BILA penat penat beratur masa nak cucuk duit kat bank. Bila sampai turn aku, mesin tu out of service ..

AKU GERAM BILA aku beli lauk kat kedai. Nampak macam sedap je, tapi rasa macam hampeh !

AKU GERAM BILA aku dah siapkan kerja sekolah. Tapi bila sampai sekolah cikgu taknak kutip.

AKU GERAM BILA baju yang dah dilipat dan aku susun elok-elok kat almari pastu adik aku datang sepahkan balik semuanya.

AKU GERAM BILA aku dah stenbai depan tv untuk tengok cerita yang aku tunggu-tunggu. Rupa-rupanya cerita tu digantikan dengan cerita tak best. Perangai macam tu amatlah tak senonoh ye adik-adik.

AKU GERAM BILA aku ikut arah anak panah menuju ke rumah pengantin. Sampai je destinasi baru aku sedar kenduri tu minggu lepas.

AKU GERAM BILA kerja yang pensyarah aku bagi dah hampir siap tapi musnah hanya disebabkan secawan kopi yang tidak berdosa.

AKU GERAM BILA aku tengah seronok tweet dengan kawan pastu aku kena tweet limit. Sifat yang tidak wajar dilakukan oleh mr.twitter.

AKU GERAM BILA aku habiskan cuti aku dengan mengemas rumah. Pastu bila adik aku balik, dia sepahkan rumah. Rasa macam nak terajang je budak tu.

AKU GERAM BILA pasangan aku tak ingat tarikh lahir aku. Cehh sangat vongoks.

AKU GERAM BILA orang dekat pasaraya panggil untuk tulis borang dan dapatkan barang free. Rupa-rupanya dia suruh bayar jugak. Sungguh tak bermoral kerja kau!

AKU GERAM BILA internet kena potong sebab tak bayar. Haha padan muka aku.

AKU GERAM BILA takde orang follow aku. Padahal dia yang beria tinggalkan link bagai. Nak suruh aku follow, tapi tak follow aku. Cett sakit hati. -.-' Eh, aku tak mengamalkan prinsip 'you follow me, i follow you back' tapi aku dah terbiasa follow orang yang tinggalkan link.

AKU GERAM BILA entry ni takde sambutan langsung. Penat je perah otak.



sekian terima kasih

4 komen terhebat!:

gmiDOTstudent09 said...

singgah siniii....smart bloggg


follow sini kalau sudi
speechless009.blogspot.com

ichie-spide said...

hoho .. thanx .. =D

wani said...

macam terasa pun ada yg pat follow tue.. haha.. tapi pepun entri yg terbaik!!

ichie-spide said...

haha .. tak mengata sesiapa pun .. thanx