Wednesday, 28 December 2011

Akulah si pembunuh itu ....

Ya. Gerun tak mendengar tajuk di atas? Namun, itulah hakikatnya . Aku pun tidak menyangka yang aku akan jadi seorang pembunuh yang berkaliber . Gelaran ini diberikan secara sengaja oleh anak-anak Cik Yam belakang rumah aku . Apa pun, aku berbangga kerana gelaran inilah yang menjadikan aku seorang yang ditakuti ramai. Apabila aku lalu sahaja didepan diorang, dengan pantas seperti kentut diorang melarikan diri . Tapi, aku peduli apa . Diorang tak mengganggu aku pun . Malah, memberikan laluan yang mudah untuk aku .



Macam mana aku buleh dapat gelaran yang menggerunkan ini? Ceritanya macam nie .
Ketika langit masih belum memutihkan diri, aku terjaga dari tidur disebabkan oleh seorang gadis gedik yang menjerit macam nampak artis kacak . Aku bangun dari tempat tidur yang macam sarang tikus itu . Tiba-tiba satu bau busuk singgah kat kidung aku . Eh, dia ingat hidung aku ni tempat rehat ke? Aku abaikan saje bau tu sebab aku tau itu adalah bau sampah yang dah dua minggu aku tak buang . Pengotor sungguh! Aku pun sambung perjalanan menuju ke destinasi iaitu tempat datangnya suara perempaun gedik . Oh, rupa-rupanya tu suara adik perempaun aku . 

"Ish, kau ni dik . Kacau aku tidur je . Aku WWE kau karang macam Randy Orton buat . Baru kau tahu!,"getus hatiku . Aku tak berani nak cakap depan muka adik aku sebab aku takut dihempap oleh badannya yang sasa seperti bapak gajah tu . Sebab tu aku tulis PEREMPAUN bukannya PEREMPUAN .

"Kau ni dah kenapa dik? Macam orang sasau je aku tengok," aku bercakap dengan penuh berkati-hati bagai ada kanak-kanak melintas tengah jalan . "Tu !!! Tu !!!" , jerit adik aku . Bergegar rumah yang mak bapak aku beli hasil dari titik peluh berkebun di Farmville . Ohh, itu rupanya . Patutlah adik aku menjerit macam ada orang nak memperkosa dia . Eh, ada ke orang nak buat camtu kat adik aku? Ah, lantaklah . Lantas aku masuk ke sarang tikus aku dan mengambil senjata aku yg terhebat! Biarkan dia ! Rasakan dia ! 

Aku berlari macam mengejar perempuan cantek kat depan aku . HIYARGGGHHH ! Akhirnya, tembakan M16 aku mengena ! eh, sebenarnya lastik je. Lalu, mati menggelupur si dia di hadapan aku . Adik aku pun cium kat pipi aku tanda terima kasih . Pipi belah kanan aku terasa basah . Nak lap, tak berani . Takut adik aku kecik hati . Aku biarkan saje dengan perasaan jelek di hati . Aku pun masuk balik dalam bilik aku . Nak sambung tidur .

Bila aku bangun dari tidur, adik aku dah siapkan sarapan untuk aku . Fulamak! Nie yang best nie . Tapi masalahnya sarapan yang dia buat tu pun sama debab dengan dia . Manalah aku larat nak makan semua . Tapi aku makan jugak sebab aku buruk lantak . Haha . Lepas makan , aku keluar dari rumah . Bukan lari dari rumah macam budak-budak sekarang selalu buat sebab kena sepak manja dengan bapak . Aku cuma nak ambil angin luar je . Tetiba dengar anak-anak Cik Yam jerit, 

" Eh, Abang ke yang bunuh TIKUS tu semalam? Ohh, dasyatlah abang nie ! "

Sejak dari itu, aku digelar pembunuh tikus . Aku dapat tawaran kerja kat syarikat bunuh haiwan perosak . Dan dengan duit gaji aku tulah, aku bantu mak bapak aku kembangkan lagi pertanian diorang yg kat Farmville itu . Adik aku cukup bangga dengan kejayaan aku sebab dia pun berjaya mengepau aku RM100 sebulan . Nak belanja kawan-kawan makan MekDi katanya .



Begitulah kisahnya . AKULAH SI PEMBUNUH ITU ...............

4 komen terhebat!:

Farah Feara said...

Huhu3, comel larh cte die.,aq ske , aq ske ! <3

ichie-spide said...

haha . eh, bini aku baca blog aku lah ! haha . thanx feara ^___^

gigy said...

Dahsyat!!!!

ichie-spide said...

hoh?! trimassss