Monday, 19 December 2011

Siri 3 : Tanda-tanda korang masih kanak-kanak


  1. Kalau nak menyibuk dengar mak korang bercerita, mesti kena halau.
  2. Kalau mak bawak pergi jalan-jalan, mesti korang merengek mintak mak belikan jajan ataupun mainan.
  3. Duduk je depan tv, terus bukak cerita kartun. Kalau ada orang tukar, menangis hentak-hentak kaki.
  4. Mak rajin buatkan majlis harijadi yang grand berbanding kakak atau abang korang.
  5. Kakak atau abang korang selalu tak berkongsi cerita dengan korang. Alasannya, "kau budak-budak lagi".
  6. Tangan korang sekarang ni sedang memegang pen atau pensel warna sebab korang tengah melukis 'karya teragung' korang dekat dinding.
  7. Kalau korang buat salah, mak bapak tak marah. Katanya, "budak-budak, biasalah tu".
  8. Sangat suka bermain game yang bersifat keanak-anakan.
  9. Petang-petang selalu keluar pergi main dengan kawan-kawan kat taman permainan. 
  10. Selalu ikut gaya watak kesukaan korang kat tv. Macam yang ShinChan buat kalau tengok Eksyenkamen.


Kesimpulannya, korang tetap kanak-kanak kalau umur korang masih dibawah 18 tahun .. haha .. Sama je dengan Spide.. Spide suka jugak tengok kartun .. Best apa

Sekian, terima kasih ..

0 komen terhebat!: