Monday, 14 May 2012

hai ...

Lama sungguh Spide tak update . hehe . maaflah . Spide ada examlah . tak habis lagi exam nie .

Spide dalam percubaan 'merisik' rakan Spide untuk join update blog nie . hehe .

Kalau dia terima, nama blog nie akan ditukar ye . Harap maklum . Tapi Spide akan umumkan awal sebelum tukar nama blog .

Ok sekian tu saje yg nak disampaikan untuk hari nie . hehe .

Saturday, 21 April 2012

Ada gotong-royong ke?

hari nie ada sekolah ganti . tu yang kena pergi sekolah tu . =.='
eh, tapi sekolah ganti pun best tau . Kitorang belajar sampai waktu rehat je . Pastu ada gotong-royong . Tapikan ramai woo tak datang . tiga orang pergi koko . lagi sepuluh *kot* tak datang . Kelas kitorang takyah gabung walaupun tak ramai . Hoho . Special tak? Wakakaka . Special pe benda nya . Biasa je pun .



Subjek pertama : SEJARAH ...... Cikgu kitorang masuk kelas, pastu dia suruh kitorang buat kerja . Kitorang buat jelah . Nothing special . Tapi menarik! wahahahaha

Subjek kedua : PJK *Pendidikan jasmani dan kesihatan* ........ Kitorang tak turun ke padang sebab hujan . Jadi duduk je dalam kelas . Kelas PJK kitorang memang macam nie . Kalau hujan, duduk dalam kelas sampai ada orang datang panggil atau orang datang belajar sebab waktu PJK gabung kelas * lelaki dan perempuan diasingkan*

Subjek ketiga dan keeempat : KIMIA ...... Waktu kimia kitorang kena belajar . Tapi lagi best . Cikgu cakap yang tak datang hari nie rugi pasal dia taktau apa yang kitorang buat tadi . Sebenarnya kitorang buat latihan . Pastu cikgu bagitau sikit-sikit perkara yang kitorang taktau . 

Subjek kelima : REHAT ..... Eish! Tak belajar dah la . Waktu rehat !!!! ^_____^

*google*


Lepas rehat ... gotong royong kan .. Kitorang kemas kelas . tu je . Tapi tak semua buat . Ada yang main chess , ada yang main dam haji guna papan chess . Spide pun main jugak ! wahahaha . Lepas dah habis kemas semua, kitorang main bingo .  Tau tak acane main bingo? Taktau? Ha! Cer gi tanya adik, kakak, abang, jiran, sepupu atau sapa-sapa je cara main bingo . Spide tak dapat nak terangkan sebab Spide taktau nak cerita camane . Wakakaka . 


*google*


then, tetiba cikgu masuk! Waduhh . cikgu tu nak cek kelas . Pastu dia komen . Dia kata kitorang tak buat keja . Kitorang pun diam je lah . Lepas je dia keluar, kitorang pun sambung kemas kelas sampai pukul 12.30 ..... 


Gitulah ceritanya ... Kesimpulannya, kenapa tajuk entri nie " Ada gotong-royong ke?" ... Spide pun taktau nak jawab macam mana . Wahahaha . 

Sekian terima kasih ...



ichie : Spide sajikan mashimaru untuk korang . ^____^









korang mesti paham yang last sekali tu je kan? ahahaha . Spide pun camtu jugak . :P

Sunday, 15 April 2012

TY production buat video baru !

hohohoh . Diorang dah buat video terbaru . Jom lah kita tengok sama-sama . Spide tak tengok pun lagi sebenarnya . wahahaha .

Kali nie diorang buat OMBAK RINDU PARODY . Korang dah pernah tengok? Eish . Yang korang tengok tu video orang lain buat . Yang nie TY yang buat . ohoho .

dah dah . Malas nak bebel . jom tengok !!!!!!!!!



Amacam? Best? Kan Spide dah kata, korang tak tengok lagi yang nie . ^___^

Saturday, 14 April 2012

Fail Seram : Di Dalam Tandas .....

hai . nie  time Spide buat entri seram . Bergantung lah pada korang nak nilai cerita nie macam mana . Spide cuma cerita kan balik je . Ok lah . Spide bebel banyak pun tak guna . korang cuma nak baca cerita seram tu je kan . ahahahah .

Cerita nie berdasarkan pengalaman kawan Spide sendiri iaitu NORANASUHA *dia yg mintak nama dia disebut* atau nama panggilan nya ANA .....


Cerita nie baru jer berlaku dalam minggu lepas . Waktu tu, anak buah ANA tinggal kat rumah ANA buat sementara waktu . Untuk apa Spide taktahu, yang Spide tahu dia masih di sini sekarang nie . Hoho . Oklah sambung cerita . Masa tu waktu senja *kalau tak silap* , anak buah ANA nie nak pergi tandas . Jadi ANA pun bawak lah .





Oh yea, lupa nak bagitahu . Anak buah dia tu baru 6 tahun . ANA pun tunggu lah di luar . Pastu, dia terdengar anak buah dia berbual-bual . Then, dia bukak lah pintu . Dia pun tanya . "kau cakap dengan sapa tu?" . Anak buah dia pun jawab "cakap dengan hantu kat atas tu" sambil jarinya menunjuk ke arah pam tandas . Dah tu, ANA pun pandang lah kat atas tu . Dia cakap dalam hati "takde apa-apa pun' . Masa tu dia tak rasa apa-apa pun .





Pastu ANA pun keluar ke ruang tamu . Tiba-tiba, dia teringat yang budak kecik buleh nampak 'benda' tu . Baru dia terasa seram . Malamnya *kalau tak salah* ANA tanya kat bdak tu macam mana rupa 'benda' tu . Anak buah dia pun cerita lah . Spide pun taktahu macam mana rupanya sebab ANA tak ingat apa yang anak buah dia cerita . 






Jadi, macam mana? Apa korang rasa? Ada yang nak ke tandas ke? Perhatikan dulu atas pam tandas korang .
Sekian terima kasih .




Ichie : maaflah , entri nie agak 'kotor' gambarnya . ahahaha

Tuesday, 10 April 2012

Lama nya !

lama sungguh Spide tak update blog nie . hadoyai!!!

Sebenarnya bukan Spide tak nak udpate, cuma malas sikit je tapi internet buat hal . Tetiba pulak tak buleh online . hadoi . panas betul hati seperti maggi kari berapi . *ok merapu*








Tapi apa pun Spide bersyukur sebab blog nie takde orang jenguk! *ayat mintak simpati* Huwaa sedihnyaa . Takde yang sudi ke nak datang? huhu . *ayat mintak lebih simpati* Cuba korang bayangkan . Korang bukak blog korang, then takde pun komen yang masuk . Sedih tak? Ofkos sedihkan . wahahaa . haish . dah terlebih-lebih pulak simpati . ahahaha . 


Alhamdulillah, esok cuti . Hehe . Jadi Spide bulehlah luangkan masa esok untuk buat nota . Nota sejarah paling penting! nak kena masuk sampai bab 5 . Dahlah Spide baru tulis sampai bab 2 . ahahah . Sebab muasabab Spide tak bat nota adalah kerana Spide terlalu tumpukan pada latihan . Latihan memang lengkap tapi nota ..................... *tak mampu berkata-kata* . Tapi dapat ke Spide buat sampai bab 5? Doakan-doakanlah Spide yer . Hehe . 

muka yang eksaited nak buat homework ...

terus jadi macam


nie ....

bila nampak homework yang

banyak !!


walau macam mana sekali pun, Spide kena siapkan jugak nota ! dapat buat sampai bab 4 pun kira dah bagus ! 

Itu jer yang Spide nak cerita waktu senja nie . Spide nak kena pergi solat cepat nie . Karang terlepas pulak waktu . kan berdosa tu ... 


Sekian terima kasih ....


Ichie : ada beberapa gambar dalam blog nie diambil dari Google . jadi, maaflah kalau korang kata Spide ambil gambar korang . maaf! :)                


               

Monday, 2 April 2012

Apa yang tak terbukak lagi??!!!

Hah!! Apa yang tak terbukak lagi nie?!! Nak tahu kisah lebih lanjut? Mari dekat ..... baca satu-persatu . Dan hayatilah................. *bunyik seram*

Ceritanya macam nie.........


Setiap kali Spide bukak Chrome, perkara yang Spide terjah dulu adalah twitter, facebook dan blog. Tapi hati nie tergerak nak tengok blog dulu . So, Spide pun bukak.  Spide pun scroll ke bawah untuk tengok bahagian BLOG UNTUK DIJENGUK . memang tu pun yang Spide suka tengok . Nak tengok entri terbaru dari blogger-blogger lain. Sekali,,,,, punyalah Spide terkejut! Baca tajuk entri, "Seram.Kain kapan siapa yang tak terbukak lagi tu?" Haish, memang terperanjat sesangat lah masa tu . Dah lah waktu tu cuma Spide je yang ada kat tempat lappy nie . Hadoyai~

*Spide sengaja kasi tulisan tu besar. haha*


*masa nie Spide dah baca entri tu*



hah, apa pulak perasaan korang kalau korang yang kena macam nie? Kongsi lah dengan Spide . :D



Ichie : Kalau korang nak baca jugak entri tu, tengok jer kawasan BLOG UNTUK DIJENGUK Spide tu . Konfem ada punya . :D


Saturday, 31 March 2012

Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W

Info nie Spide dapat dari facebook seorang blogger . hehe . Harapnya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita semua . ^___^


1.  Barli - bagus untuk demam jika dibuat sup.

2.  Kurma - Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3.  Buah Tin - Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4.  Anggur - Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5.  Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6.  Tembikai (Segala jenis) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7.  Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi.     Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8.  Cendawan - Baik untuk mata, perancang keluarga.

9.  Minyak Zaitun - Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka - Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran Itali)

12. Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah     mendapat sakit pada hati . 






Sekian terima kasih. =^_^=


*silalah copy kalau nak. jangan lupa tag Spide sekali . haha*




*mohon blogger tu tak marah Spide copy nie dari fb dia. hehe*




            p/s : korang suka yang mana? meh, kongsi dengan Spide . Spide suka buah anggur sangat-sangat!



Bertungkus lumus!!!!

hohohoho . lama nya Spide tak update .... rindunya kat blog nie .....



******

Spide bagi laluan pada labah-labah tu nak lalu . haha~ . Maklumlah, lama tak update, konfemlah ada labah-labah, ye tak?

Sekarang nie Spide tengah """""bersenang-lenang"""""" menyiapkan nota sejarah yang begitu banyak . hahahaha~ . 

Spide dah masuk bab 2, tapi kena siapkan bab 3 sekali . Nasib baik bab 2 dah nak habis . Dah nak habis? hehe . Takdelaa . Baru je mula . Wahahaha . tinggal beberapa bab kecil , iaitu :::::  


  • Peningkatan sosial
  • Sains dan teknologi
  • Seni bina
  • Bahasa dan kesusasteraan
  • Sistem sosial
  • Sumbangan tamadun
  • Kemunculan agama dan ajaran utama dunia

Ha, sikit je kan? -.-'' 

Takpelah, lagipun setiap tajuk kecil tu, sikit je yang nak kena buat . cuma empat tamadun . hehe *yang sedang atau sudah belajar di tingkatan 4 mungkin faham*

Hoyea!!!! Doakan lah Spide buat cepat-cepat yer . Spide pun taknak tangguh-tangguh kerja lagi . Susah nanti! hehehe


Oklah, sebelum Spide mengundur diri, Spide bagi satu link anime . tengoklah yer . Spide pun baru tengok sikit . Tak habis lagi . hehe . 



p/s ::: ada orang kata best! ^___^

Monday, 26 March 2012

Video baru dari TY production

Ini video terbaru dari TomYam Production 




korang layankan je video nie . Yang nie pun best jugak! Pelakon yg sama . hahaha


*lamanya tak update. rindu sesangat!!!!*

*nak join GA, tapi lupa . =o=''   *




SEKIAN TERIMA KASIH........



^________^



Monday, 19 March 2012

Awan Nano PARODY by TomYam Production

Korang harus tengok nie!!!! Kenapa harus tengok? Sebab video parodi nie best gila! memang terbaik!

Nak lagi best??? Pelakon dia kawan Spide sendiri!!!!! Kawan sekelas lagi tuh! :D

Spide nak cakap, yang Spide bangga sangat dengan diorang .... Sebab mampu buat video macam nie . hahaha . :D

dah la, cakap banyak pun tak guna . Korang tengok jer okay! ^_^




Best kan? terbaik gila!!!

yang jadi hafiz tu nama dia Shazrül MÖhd İsa

yang jadi bapak hafiz tu nama dia Mohd Alif Hakimi

yang jadi brader main gitar n judi tu nama dia Shafiq Kamaruddin


TO TOMYAM PRODUCTION ::::::
Spide harap korang buleh memperluaskan lagi TOMYAM PRODUCTION korang nie . ahahhaha



Sekian terima kasih :)





Friday, 16 March 2012

Khas untuk Ieyra Ghani

*bunyik drum*




tadaaaa !!!!!!


ieyra, maaf lah kalau gambar HEO YOUNG SAENG awak tu terbesar or tak brape kemas saya susun . Tadi laman web tu buat hal . Jadi Spide guna software Spide sendiri untuk letak gambar tu . Nasib baik sebelum nie Spide nak buat draf ID CARD awak . jadi, Spide cuma perlu tukar gambar jer . hehe


Sekian terima kasih . harap awak sudi terima . ^_^






Idea Muncul Bila.......

 
......laptop dah pun di shutdown

 
......tengah makan dengan berselera

 
......tolong mak beli barang kat kedai







TAPI KENAPA??????????????????


 
idea tak muncul masa tengah online ??!!

 
*ini gambaran Spide*

 
*ini gambaran idea*



haha . Idea takde lah nak update . So, Spide tulis menda cenggini . Ada terjadi kat korang tak? 

Ichie : entri yg pelik . :D