Sunday, 29 January 2012

Perasaan jeles itu biasa......

Terkadang, Spide rasa jeles dengan blogger-blogger lain . Ramai follower, ramai datang bertandang blog dia .
Blog Spide? Paling ramai yang pernah Spide tengok, 5 orang . Itu je . Ada satu blog tu, sampai beratus orang tengah on9 kat blog dia


Terkadang, Spide jeles dengan blogger-blogger lain . Ramai yang datang komen kat entry dia . Spide nie? Paling banyak 30 komen . Itu memang terlebih cukup . Tapi 30 komen itu termasuk dengan komen Spide . Dan entry tu pun pasal segmen . Bukan pasal apa yang Spide kongsikan . Blogger lain, idea selalu datang mencurah-curah untuk update blog . Tajuk entry pulak semuanya gempak . 


Terkadang, Spide rasa jeles dengan blogger-blogger lain . Kat shoutbox dia, tak pernah senyap pun . Kalau senyap, hanyalah untuk beberapa jam atau minit . Blog Spide? Kadang-kadang senyap untuk seminggu . Tapi takpelah, nasib baik jugak masih ada orang yang sudi borak kat shoutbox Spide .


Terkadang, Spide rasa jeles dengan blogger-blogger lain . Ramai orang sudi follow blog dia . Spide nie? Spide yang jemput follow . Tapi, Spide tak kisah sangat pasal benda nie . Lagipun, masih ada beberapa yang sudi follow Spide tanpa dijemput . 


Tapi, walau apa pun keadaan blog kita . Kita perlu menghargainya . Walaupun kadangkala Spide jeles dengan blogger lain, tapi Spide tetap berbangga dengan blog Spide . Sebab dia masih mampu bertahan hingga ke hari nie . 


Kepada semua yang follow Spide dan yang sedang baca entry nie, Spide nak ucapkan jutaan terima kasih . ^_______^ . Tanpa korang, kosonglah blog Spide . Tanpa korang, siapalah Spide . Terima kasih lagi . 



Dan terima kasih juga kepada Allah, kerana sudi memberi kesempatan kepada Spide untuk membina blog . Syukur kepada Allah . Alhamdulillah, Spide tidak lagi merasa kesunyian seperti dulu dengan adanya blog yang serba kekurangan ini . 


Sekian terima kasih, ^_______^

Ichie : macam seronok pulak buat entry macam nie . haha~ . tapi Spide tak reti la nak buat tajuk yang gempak! maaf yer sebab Spide letak gambar banyak - banyak . hehe 

Kucing SCOTTISH FOLD Sangat Menggoda!!!

wah wah wah . Spide cukup suka dengan kucing . Suka sangat sangat sangat sangat sangat! haha~
Tapi nak tahu satu benda tak . Spide paling suka kucing jenis SCOTTISH FOLD!!! Comel gila .

Sebenarnya kucing jenis nie sama dengan AMERICAN CURL . Telinga mereka berlipat . Yang membeakan mereka adalah :::: AMERICAN CURL TELINGANYA BERLIPAT KE LUAR dan SCOTTISH FOLD BERLIPAT KE DALAM

american curl

Ha,, nampak tak telinga AMERICAN CURL  berlipat ke luar? comel kan? tapi SCOTTISH FOLD lebih comel . haha . Nak tengok muka kucing tersebut? Nah, Spide kasi satu

scottish fold

Tadaaa, comelkan??? Telinga dia ke depan . wah wah wah, kalau lah Spide ada kucing nie sekor, konfem jaga baik-baik . haha~ . Bukan bermaksud kucing yang lain Spide tak jaga baik-baik tau . Spide jaga diorang okay je . Gemuk-gemuk lagi tau! haha

Asal nama kucing Scottish Fold nie adalah FLOPS . Tapi dah ditukar kepada Scottish Fold . Mula-mula dilahirkan telinganya tegak seperti kucing biasa, tapi setelah tiga minggu ia mula terlipat ke dalam . 

Kebanyakan orang suka dengan kucing nie sebab sifatnya yang manja, rapat dengan tuan, dan suka tidur dalam keadaan telentang . kadangkala bila dia tidur telentang, bunyi dengkuran dia hampir sama dengan manusia!!

Jom, Spide sedekahkan video kat korang . ^___^


Spide dah pilih dah video yang sesuai . Tapi takleh upload pulak . Adehh . Takpelah, korang tengok je lah yang nie . Comel jugak kan . haha~

Thursday, 26 January 2012

SEGMEN: SAYA BLOGGER BAHARU!


wahh wahh wahh!!! segmen saya blogger baharu! bestnya bestnya!!!

Kenapa Spide join? Sebab Spide pun dikira blogger baharu jugak tahu? Walaupun follower dah capai 106, tapi itu tak bermakna Spide bukan lagi blogger baharu . yer dakk?

Spide baru buat blog nie la . Tahun lepas, bulan 12 . hah! baru lah jugak kan?! ngeh ngeh ngeh . Nasib baik Spide masih buleh join . hehe ^_^

Nak join? Boleh, terbuka kepada blogger baharu je la yer . Silalah tekan kat banner tu . Spide dah link kan ke entri Cik Lyeen yang comel molek tu . kui kui kui ^_^

TARIKH TUTUP : 27 JANUARI 2012 . esok tau tarikh tutup! jadi, join cepat2 supaya korang tak ketinggalan . 

eh, lupa pulak nak bagitau . Tujuan segmen nie dibuat ialah untuk membantu blogger2 baru untuk mencari blogger lain . hoho~

Nak tahu lagi benda lain? Tengok lah kat entry Cik Lyeen yang comel molek . ^_^

Spide tag : 



p/s : Spide nak join lagi satu Giveaway, tapi belum berkesempatan . Tunggu yer cik niena . ^_^

Tuesday, 24 January 2012

Cari kerja (lawak)

Pada suatu hari di sebuah syarikat pembungkusan kotak datang 3 orang nak interbiu...

lelaki 1: tuan saya nak cari kerja..

bos : hmm..bagus, badan sasa...ko gi stor dan angkat 50 kotak kertas pukul 5 ko naik balik... 

lelaki 1: ok bos!! dengan segera nya saye menjalankan tugas nya.. 

lelaki 2 : sir im lookin for job

Bos : hmm,speaking yek..ko gi opis dan siap kan 50 keping draft advert untuk aku..kul 5 ko datang jumpa aku

lelaki 2 : right away bos!

lelaki 3 : aiya bos gua mau cali kilija..

Bos : aiks..ahh ko gi bawah siap kan supplies untuk aku..

lelaki 3 : ok bos!

bila waktu kul 5

lelaki 1 dan 2 : kerja dah siap bos..

Bos : bagus aiks mana apek cina sorang 2??hari pertama kerja dah malas..baiklah korang boleh balik

apabila bos turun ke basement berdekatan dengan tong sampah

apek: SuPLISE!!!!!





#LAWAK KOPIPES 


Sumber : Sini

Manusia memang macam nie ke?

Manusia memang macam nie ke? Malas update blog? Spide bukan tunjuk kat orang lain, Spide tunjuk kat diri Spide sendiri .

Nak update = Takde idea
Takde idea = Tutup Lappy
Tutup lappy = tengok tv
Tengok tv = Idea datang
Idea datang = Bukak lappy
Bukak Lappy = Bukak dashboard
Nak tulis entri = idea macam tak kena

Kesudahannya, tutup balik lappy . haha~

kandungan entri macam sikit je kan? Takpe la, Spide kasi gambar sikit .

sumber : Oh! Lawak

p/s : memang sakit hati kalau kena macam nie . haha~

Monday, 23 January 2012

Saya sayang kawan sayaaaaa

Spide sayang kawan-kawan Spide . Nak tahu siapa mereka? Mereka adalah kawan-kawan yang pernah dan masih menjadi kawan sekelas Spide . Jom kenal......

ini best friend Spide . Spide suka kawan dengan dia . Tapi dia dah nak pindah ke sekolah lain . Spide rasa kehilangan sangat-sangat . Dari mula dia cakap dia dapat tawaran ke sekolah SAINS REMBAU, Spide selalu terbayangkan macam manalah Spide tanpa dia . Sesungguhnya, dia adalah kawan yang paling sukar untuk dicari! RENNY, aku sokong kau dari semua sudut agar kau berjaya!!!!
p/s : dia nie gila NARUTO . haha~

Isher Reshi Keikeshi
dia nie pun kawan baik Spide jugak . Spide suka kawan ngan dia . Sporting gila! Pastu selalu kongsi benda-benda yang best dengan Spide . Dia tak suka bergambar, sama macam Spide . Dia suka main game, sama macam Spide . Dia suka benda-benda yang berkaitan dengan komputer, sama macam Spide . Dia sayang haiwan, sama macam Spide . Dia suka anime, sama macam Spide . Pendek kata, banyak persamaan . Tu pasal buleh layan! haha~

Nur Ayuni
Ayuni, herm .. Seorang yang seronok dibawa berbincang . Dia tak letak pulak gambar dia sendiri kat FB . haha~ mungkin tak suka kot . Dia minat Heliza Helmi . Tak caye? Tengok kat photos dia . Ada satu album bernama heliza helmi . Dia baik . Berpegang pada prinsip, "Say something nice to someone today." Oleh seba itulah, dia selalu cakap "Reny comel!" . haha~

Nashrah Zulyusri
Kawan baik kepada Ayuni . Budak nie comel . Spide suka kawan dengan dia . Layan jer apa yang orang kata . haha . Tapi keadng-kadang Spide konfius dengan identiti dia . Dia nie orang Malaysia ke Korea? haha~ Sebab rupa dia ada iras-iras Korean orang kata . Dia nie pandai bergambar lah . Hoho

Ana Gaara
Gambar dia tu Spide yang edit . haha~ Sebab dia minat Gaara dalam cerita Naruto . Spide seronok berkawan dengan dia! Serius, tak tipu punya~ . Walaupun dia nie tak kelakar sangat orangnya, tapi kadang-kadang seronok bergelak ketawa bersama-sama . haha~

Profile Picture
Dia nie pandai bergambar macam Nashrah jugak . Gila kan kamera Nikon . eh silap pulak . kamera Canon . hoho~ . Pegilah tengok kat photos dia . Ada banyak album . Suka bergambar sesangat agaknya . Wakaka .

Kiena Eyna
Dia nie semua benda nak perfect jer . hahaaha~ bergurau je la .  Best jugak kawan ngan dia nie . Gila-gila . Bukan gila tau! Kalau gila, takde orang nak kawan . haha . Suka bergambar jugak agaknya . Sebab selalu nampak dia pegang henfon dan SNAP! haha~

Shaerra Ezzaty Saffuan
Budak nie pun gila bergambar jugak nie . haha~ Berkawan dengan dia rasa macam berkawan dengan pelawak . Haha~ Ada jugak time lawak-lawak dia nie menggila . Spide suka kacau dia . Goyangkan meja dia masa dia menulis . haha~ pastu mulalah datang kat meja Spide sebab nak mencekik Spide . Wakakaka

Profile Picture
Manusia bernama Aqilah Zack nie lagi gila bergambar! Serius, tak tipu punya~ . Dah tu, kebanyakan gambar dia nampak comel! Ngeheheehe~ Kengkadang Spide suka tegur dia . Aik, kengkadang je ke? Yelah, takkan nak selalu tegur pulak . Nanti dia bosan . Wakakak

Profile Picture
Dia nie 'bini' Spide! hahaha~ apa kejadahnya perempuan sama perempuan nie? saja-saja je la . Kitorang nie kat sekolah terlebih acting mengalahkan pelakon fofular . haha~ Saje je menggelar-gelar macam tu . Baru la rapat sesama kawan . ye tak??

OKlah, setakat nie dulu Spide cerita . nanti Spide sambung lagi . Takut entry nie jadi panjang bebenor~

Tata~

Ichie : seronoknya lepas dapat cerita pasal kawan-kawan ! Rasa macam semua masalah dah selesai! Terima kasih semua sebab sudi jadi kawan SPIDE!

Sunday, 22 January 2012

Hiburan Petang bersama BAYI

Hiburan petang ini bukan nak tunjuk yang lawak saje, tapi nak tunjuk budak kecik yang comel-comel! layannn kan ajeeee










dan yang last sekali ...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

comelnya!!!!!!!!