Monday, 2 January 2012

Jidin Sengal filem baru 2012

Jidin Sengal merupakan sebuah filem yang berunsurkan komedi romantik . Ia menonjolkan realiti kehidupan anak-anak muda dalam mengecapi ke'glamour'an di dalam dunia hiburan .

Jidin merupakan seorang kanak-kanak yang begitu meminati dunia hiburan . Dia berkawan dengan seorang kanak-kanak , Piah yang sama minatnya dengan Jidin . Piah juga dikatakan merupakan BUAH HATI Jidin . 

Apabila mereka ditakdirkan untuk berpisah, harapan Jidin untuk terus bersama Piah akhirnya musnah . Sehingga dewasa, Jidin masih menjejaki Piah . Kerana nekadnya itulah, Jidin berhijrah ke bandar sehingga dipertemukan dengan Bob Dodot, seorang pelakon estra yang sudah lama menapak dalam dunia hiburan .

Meskipun Jidin sudah bertemu Bob Dodot yang sudi menjadi gurunya untuk mengecapi dunia hiburan, Jidin masih tetap mahu mencari Piah . Satu hari, ditakdirkan mereka berdua mendapat tawaran berlakon . Di set penggambaran, Jidin bertemu Amy, seorang pembantu pengarah yang disangka Piah . Amy yang pada mulanya membenci Jidin, sudah mula jatuh cinta kepada Jidin . Pada waktu itulah, Piah yang sebenarnya muncul . 

Kesudahan cinta Jidin terhadap Piah dan Amy akan dirungkai dalam filem ini . Sama-samalah kita menantikannya . 




antara barisan pelakon : ANGAH RAJA LAWAK, ALONG RAJA LAWAK,      AZRUL RAJA LAWAK, ZAC DIAMOND, FAEZAH ELAI, JUE AZIZ

MENEMUI ANDA DI PAWAGAM pada 22 MAC 2012!


LAGI INFO DI                   www.jidinsengal.com

0 komen terhebat!: