Sunday, 22 January 2012

Malas lah nak cerita .. (lawak)

 Pada masa dahulu, ada sebuah negara yang semua penduduknya malas belaka . Suatu hari, rajanya ingin membuat pertandingan . Pertandingan yang bertajuk, "ORANG PALING MALAS DI DUNIA" . Pertandingan itu dijalankan pada keesokan harinya . 

Keesokan harinya, ramai yang datang untuk menunjukkan dia yang paling malas . Orang pertama datang, 

"Patiklah orang yang paling malas di dunia", katanya . 

Raja bertanya, "apakah tahap kemalasan tuan hamba?"

"Kalau patik hendak makan, ada orang yang tolong suapkan untuk patik"

Tiba-tiba, ada orang datang mencelah, " kalau begitu, patik lebih malas daripada dia tuanku!"

"Ceritakan kemalasan tuan hamba," raja berkata sedemikian.

Dia pun jawab,"kalau patik hendak makan, kena ada orang kunyahkan untuk patik, baru patik telan."

Tiba-tiba, ada seseorang datang dengan perasaan bangga,"Kalau begitu, patik LEBIH malas tuanku!"

Raja bertanya lagi," Haaa, apa pula tahap kemalasan tuan hamba?"

Dia pun jawab," hmmm, saya nak cerita pun malas tuanku."




0 komen terhebat!: