Wednesday, 1 February 2012

Aku rindu kat kau, RENNY!!!!

Aku buat entri khas!



Baru dua hari kau pergi skolah baru, aku dah rindu gila kat kau !
Kau tahu tak,,, saat aku tulis entry nie, aku rasa macam nak nangis sebab rindu kau sangat-sangat!
Kau tahu tak,,, walaupun aku kata aku mampu jaga diri tanpa kau, aku tetap rasa sukar!
Kau tahu tak,,, malam semalam aku menangis sebab teringatkan kau!
Kau tahu tak,,, aku selalu tersebut nama kau!
Kau tahu tak,,, bila aku pandang barang-barang yang pernah kau bagi, aku jadi teringat kenangan bersama kau!
Kau tahu tak,,, aku aku sentiasa teringat kat kau saat pandang botol air aku!
Kau tahu tak,,, botol air aku tu telah kehilangan seorang sahabat sejati seperti yang aku rasakan!
Kau tahu tak,,, stiker Sasuke yang kau bagi kat aku tu, aku takkan guna sampai aku dapat jumpa kau balik!
Kau tahu tak,,, setiap kali lalu sebelah lorong rumah kau, aku selalu pandang rumah kau!
Kau tahu tak,,, betapa sepinya hati aku tanpa kau sebagai sahabat sejati!
Kau tahu tak,,, aku selalu terfikir macam mana kau nak tengok Naruto kat sekolah tu!
Kau tahu tak,,, aku rindu saat keluar bersama-sama dengan kau!
Kau tahu tak,,, saat ni mata aku dah bertakung sebab terlalu rindu kat kau!


Aku teringat masa waktu biologi . Kita bedah katak bersama-sama . Kau sangat memahami aku . Kau dan kawan-kawan lain bagi peluang kat aku untuk bedah katak tu sebab korang tahu cita-cita aku . 

Aku teringat masa waktu sivik . Bila cikgu tanya aku, "apa yang kamu suka?" . Aku tak sempat jawab, tapi kau dah jawab dulu . "Dia suka haiwan!" . Saat tu aku terharu gila sebab kau tahu segalanya .

Aku teringat masa waktu Add Math, kau ajar balik kat aku dengan bersungguh-sungguh bila aku tak paham apa yang cikgu ajar . Walaupun aku tetap tak paham, kau tetap ajar sampai aku betul-betul faham . 

Aku teringat waktu terakhir kita jumpa! Malam tu, aku taktau nak cakap macam mana dengan kau . Dan sekarang baru aku terasa betapa bodohnya aku sebab biarkan waktu berlalu tanpa cakap apa-apa . Aku cuma jumpa kau, beri kau sesuatu dan terus balik . Aku terasa menyesal sangat sebab buat macam tu . Kalaulah aku tahu peluang untuk kita jumpa balik agak tipis, aku takkan balik secepat itu!


Kau selalu bagi aku semangat kalau aku rasa macam aku tak boleh buat sesuatu . Kalau aku taktau apa yang cikgu nak, aku selalu mesej kau . Kau pun balas dengan cepat . Hanya pada kau , aku berharap . Tapi sekarang? Tanpa kau, aku taktau nak tanya siapa! Aku cuma dapat berharap pada Ayuni dan Ros je . Terima kasih korang berdua sebab sudi bantu aku . Aku taktau nak mintak tolong pada sape lagi . 

Cikgu-cikgu kat sekolah semua tau tentang kita berdua . Semalam, cikgu Marina tegur aku . Dia kata, "lepas nie dia dah takde kawan dah" . Aku cuma senyum . Tapi dalam hati aku rasa sebak . Aku tak kisah pun cikgu nak cakap apa . Sebab aku tau , kat sekolah aku takkan buat apa-apa . Aku cuma senyum je . Kat rumah kalau aku bersendirian, mulalah aku mengelamun sebab teringat kat kau . Sesungguhnya, kau terlalu bermakna bagi aku!


Renny, walau ke mana pun kau pergi, aku tetap aku sokong kau! Aku tahu cita-cita kau memang tinggi . Dan sebab tulah kau terima tawaran untuk ke sekolah tu . Aku faham sangat-sangat . Sejak kau pergi nie, aku jadi seorang yang banyak mengelamun masa kat rumah . Kat sekolah aku taktau la, sebab aku belum ke sekolah pun sampai hari nie . Esok baru aku pergi . Haha . 

Renny, jaga diri baik-baik yer . AKU SAYANG KAU SANGAT-SANGAT! Kau adalah segalanya bagi aku . Aku pernah tanya pada kau, "Kita nie kawan atau rakan atau sahabat?" . Tapi kau jawab, "kita adalah teman" . Tapi bagi aku, kita adalah semua .

Jangan lupa kata-kata aku . " PERSAHABATAN IBARAT KEK. TANPA KASIH SAYANG DAN KEIKHLASAN, KEK TU TAKKAN JADI " . Dan kau, akan tetap jadi Tepung Penaik seperti yang kau harapkan . Nak tahu kenapa? Sebab kaulah yang selalu menjadi penaik semangat aku .



Terima kasih yer pada Ayuni sebab faham apa yang aku rasakan . Kau memang sangat memahami sama macam Renny . Cuma, aku tak boleh nak jadikan kau macam Renny . Sebab Renny tak akan ada pengganti dalam diri aku . Maaf yer Ayunie . haha~ . Kau kan ada Nashrah . Jagalah dia baik-baik yer . ^___^


AKU SAYANG KAT KORANG YANG DAH JADI KAWAN SELAMANYA PADA AKU!


P/s : Dah tak rasa sedih dah . Takde dah air bertakung kat mata . haha~ . Sebab aku percaya, satu hari nanti . Allah akan pertemukan juga aku dengan kau! INSYAALLAH

0 komen terhebat!: