Friday, 3 February 2012

Cara-cara mendapatkan bau oren ketika membakar sampah

Hari nie, PROF SPIDE nak tunjuk yer cara-cara mendapatkan bau oren ketika membakar sampah . Kenapa PROF gunakan oren? Sebab PROF suka akan aroma buah oren yang begitu menyegarkan . Korang buleh jugak menggunakan buah-buah lain seperti LEMON atau buah-buahan yang mempunyai bau yang agak kuat yer   . Nak lagi best? Sila gunakan DURIAN kerana bau dia agak kurang menyenangkan sikit . haha . Apa-apa pun, DURIAN memang sedap!

Bahan-bahan yang kita perlukan dalam eksperimen hari nie ialah ::::


Mudahkan? hanya tiga barang yang kita perlukan!!! Seperti yang PROF kata tadi, buah tu kita buleh pilih je buah apa-apa mengikut citarasa kita sendiri ....... eh, kejap! PROF lupa pulak satu lagi perkara yang paling penting! Kalau takde benda nie, eksperimen kita takkan jadi .... benda tu ialah :::: SAMPAH!!! penting tau!

Ada dua cara untuk mendapatkan bau oren ketika membakar sampah ....

Cara pertama :    

  1. Keluar mancis dari kotaknya .
  2. Nyalakan api menggunakan mancis dan pemetik api . Kalau nak guna kotak mancis tu pun buleh .
  3. Bakar sampah tu . 
  4. Ambil buah oren .
  5. Kupaskan kulitnya . 
  6. Buang kulit ke dalam sampah yang dibakar tadi.
  7. Sekarang, anda telah dapat bau oren!

Mudahkan . hahahaha~ Okay, cara kedua pulak ::::

  1. Buat macam cara di atas sampai nombor 5
  2. Makan buah oren tu .
  3. Ambil kulit oren tadi, dan cium!
  4. Sekarang, anda telah dapat bau oren!
Macam mana? Anda dah faham? Cubalah cepat! Semoga eksperimen anda berjaya!! hahahahha




2 komen terhebat!:

Aesya Zealous said...

hahaha memang la jadi gitu

ichie-spide said...

haha . saje je wat cenggitu ... ^_^