Thursday, 2 February 2012

Kejohanan Badminton, pengalaman menarik!

Hai hai hai .....
Hari isnin ari tu, Spide pegi main badminton!

Sekolah Spide jadi tuan rumah . Sepatutnya buat kat sekolah Spide, tapi gelanggang hanya ada tiga . Lagipun garisan dah dicabut oleh budak sekolah yang perangai macam budak tadika! haha~ . Nama jer sekolah menengah . Tapi tangan tu masih menggatal nak mencabut tape tu . Jadi, terpaksalah buat di Pusat Sukan Telok Kemang atau nama femesnya di kalangan rakan-rakan Spide, Kompleks Sukan .

Kompleks Sukan tu dekat jer dengan sekolah rendah Spide, yang diberi nama ..... SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG!!


Kitorang pergi ke sana menaiki bas! Bas tu kan ....... takleh tutup pintu depan! haha~ . Pintu tengah buleh ditutup . Nasib baiklah . fuhhh . Tapi yang bernasib baik adalah orang yang duduk dekat belakang . yang duduk depan? Rasa macam tak selamat! haha~
Spide lah orang yang kena duduk depan! Spide tak puas hati betul masa naik bas tu! Sepatutnya, biarlah pemain yang duduk atas kerusi bas . Ini tidak !!! Hakim garisan yang memenuhi tempat duduk ! Spide kena duduk kat bawah je tahu tak ????!!!! RASA SANGAT BENGANG DAN BANGANG WAKTU TU ! Nasib baik lah kawan Spide ajak kongsi tempat duduk . Tu pun dapat sikit jer . Jadilah,, daripada tak dapat duduk langsung!


Spide main untuk beregu . Mula-mula, Spide beregu dengan rakan Spide yang bernama Sha . Tapi lagi sorang rakan Spide nak beregu dengan Spide, namanya Aishah . Jadi, Spide pun tukarlah . Nak buat macam mana . Orang dah suka .. hahahahha~ *PERASAN LEBIH* . Lepas tu, Spide punya perlawanan adalah selepas pukul 2 petang . Spide round kedua . Sepatutnya kitorang dapat tengok Sha main beregu, tapi sebab orang sebelum kitorang MENANG TANPA BERTANDING, jadi kitorang kena la pergi lawan . Tak dapat tengok Sha main beregu . T_T


Lawan kitorang dari SEKOLAH PASIR PANJANG! Nama dia Jaspreet dengan pasangannya, ....................*tak ingat* . haha~ . Kesian dia . Jaspreet tu pemain negeri tahu tak? Corak permainan dia biasa jer, tapi kitorang tetap kalah . HAHAHAHA *Sila gelak beramai-ramai* . Nak tahu keputusan ? 30-9 !!! haha~ . teruk betul kan .


Terima kasih yer Jaspreet dan pasangan awak sebab berjaya mengalahkan Spide . Tahun depan kita jumpa lagi untuk jali terakhir perlawanan badminton sebab tahun depan kita dah FORM 5 !!! haha~ .

Esok Spide cerita sambungan cerita nie . Mata dah ngantuk sangat nie . haha

2 komen terhebat!:

isher said...

30 - 9 .... huyo... dahsyat...

ichie-spide said...

kan kan? sedih jer t_t