Saturday, 31 March 2012

Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W

Info nie Spide dapat dari facebook seorang blogger . hehe . Harapnya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita semua . ^___^


1.  Barli - bagus untuk demam jika dibuat sup.

2.  Kurma - Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3.  Buah Tin - Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4.  Anggur - Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5.  Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6.  Tembikai (Segala jenis) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7.  Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi.     Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8.  Cendawan - Baik untuk mata, perancang keluarga.

9.  Minyak Zaitun - Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka - Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran Itali)

12. Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah     mendapat sakit pada hati . 






Sekian terima kasih. =^_^=


*silalah copy kalau nak. jangan lupa tag Spide sekali . haha*




*mohon blogger tu tak marah Spide copy nie dari fb dia. hehe*




            p/s : korang suka yang mana? meh, kongsi dengan Spide . Spide suka buah anggur sangat-sangat!



0 komen terhebat!: