Saturday, 21 April 2012

Ada gotong-royong ke?

hari nie ada sekolah ganti . tu yang kena pergi sekolah tu . =.='
eh, tapi sekolah ganti pun best tau . Kitorang belajar sampai waktu rehat je . Pastu ada gotong-royong . Tapikan ramai woo tak datang . tiga orang pergi koko . lagi sepuluh *kot* tak datang . Kelas kitorang takyah gabung walaupun tak ramai . Hoho . Special tak? Wakakaka . Special pe benda nya . Biasa je pun .



Subjek pertama : SEJARAH ...... Cikgu kitorang masuk kelas, pastu dia suruh kitorang buat kerja . Kitorang buat jelah . Nothing special . Tapi menarik! wahahahaha

Subjek kedua : PJK *Pendidikan jasmani dan kesihatan* ........ Kitorang tak turun ke padang sebab hujan . Jadi duduk je dalam kelas . Kelas PJK kitorang memang macam nie . Kalau hujan, duduk dalam kelas sampai ada orang datang panggil atau orang datang belajar sebab waktu PJK gabung kelas * lelaki dan perempuan diasingkan*

Subjek ketiga dan keeempat : KIMIA ...... Waktu kimia kitorang kena belajar . Tapi lagi best . Cikgu cakap yang tak datang hari nie rugi pasal dia taktau apa yang kitorang buat tadi . Sebenarnya kitorang buat latihan . Pastu cikgu bagitau sikit-sikit perkara yang kitorang taktau . 

Subjek kelima : REHAT ..... Eish! Tak belajar dah la . Waktu rehat !!!! ^_____^

*google*


Lepas rehat ... gotong royong kan .. Kitorang kemas kelas . tu je . Tapi tak semua buat . Ada yang main chess , ada yang main dam haji guna papan chess . Spide pun main jugak ! wahahaha . Lepas dah habis kemas semua, kitorang main bingo .  Tau tak acane main bingo? Taktau? Ha! Cer gi tanya adik, kakak, abang, jiran, sepupu atau sapa-sapa je cara main bingo . Spide tak dapat nak terangkan sebab Spide taktau nak cerita camane . Wakakaka . 


*google*


then, tetiba cikgu masuk! Waduhh . cikgu tu nak cek kelas . Pastu dia komen . Dia kata kitorang tak buat keja . Kitorang pun diam je lah . Lepas je dia keluar, kitorang pun sambung kemas kelas sampai pukul 12.30 ..... 


Gitulah ceritanya ... Kesimpulannya, kenapa tajuk entri nie " Ada gotong-royong ke?" ... Spide pun taktau nak jawab macam mana . Wahahaha . 

Sekian terima kasih ...



ichie : Spide sajikan mashimaru untuk korang . ^____^









korang mesti paham yang last sekali tu je kan? ahahaha . Spide pun camtu jugak . :P

Sunday, 15 April 2012

TY production buat video baru !

hohohoh . Diorang dah buat video terbaru . Jom lah kita tengok sama-sama . Spide tak tengok pun lagi sebenarnya . wahahaha .

Kali nie diorang buat OMBAK RINDU PARODY . Korang dah pernah tengok? Eish . Yang korang tengok tu video orang lain buat . Yang nie TY yang buat . ohoho .

dah dah . Malas nak bebel . jom tengok !!!!!!!!!



Amacam? Best? Kan Spide dah kata, korang tak tengok lagi yang nie . ^___^

Saturday, 14 April 2012

Fail Seram : Di Dalam Tandas .....

hai . nie  time Spide buat entri seram . Bergantung lah pada korang nak nilai cerita nie macam mana . Spide cuma cerita kan balik je . Ok lah . Spide bebel banyak pun tak guna . korang cuma nak baca cerita seram tu je kan . ahahahah .

Cerita nie berdasarkan pengalaman kawan Spide sendiri iaitu NORANASUHA *dia yg mintak nama dia disebut* atau nama panggilan nya ANA .....


Cerita nie baru jer berlaku dalam minggu lepas . Waktu tu, anak buah ANA tinggal kat rumah ANA buat sementara waktu . Untuk apa Spide taktahu, yang Spide tahu dia masih di sini sekarang nie . Hoho . Oklah sambung cerita . Masa tu waktu senja *kalau tak silap* , anak buah ANA nie nak pergi tandas . Jadi ANA pun bawak lah .





Oh yea, lupa nak bagitahu . Anak buah dia tu baru 6 tahun . ANA pun tunggu lah di luar . Pastu, dia terdengar anak buah dia berbual-bual . Then, dia bukak lah pintu . Dia pun tanya . "kau cakap dengan sapa tu?" . Anak buah dia pun jawab "cakap dengan hantu kat atas tu" sambil jarinya menunjuk ke arah pam tandas . Dah tu, ANA pun pandang lah kat atas tu . Dia cakap dalam hati "takde apa-apa pun' . Masa tu dia tak rasa apa-apa pun .





Pastu ANA pun keluar ke ruang tamu . Tiba-tiba, dia teringat yang budak kecik buleh nampak 'benda' tu . Baru dia terasa seram . Malamnya *kalau tak salah* ANA tanya kat bdak tu macam mana rupa 'benda' tu . Anak buah dia pun cerita lah . Spide pun taktahu macam mana rupanya sebab ANA tak ingat apa yang anak buah dia cerita . 






Jadi, macam mana? Apa korang rasa? Ada yang nak ke tandas ke? Perhatikan dulu atas pam tandas korang .
Sekian terima kasih .




Ichie : maaflah , entri nie agak 'kotor' gambarnya . ahahaha

Tuesday, 10 April 2012

Lama nya !

lama sungguh Spide tak update blog nie . hadoyai!!!

Sebenarnya bukan Spide tak nak udpate, cuma malas sikit je tapi internet buat hal . Tetiba pulak tak buleh online . hadoi . panas betul hati seperti maggi kari berapi . *ok merapu*








Tapi apa pun Spide bersyukur sebab blog nie takde orang jenguk! *ayat mintak simpati* Huwaa sedihnyaa . Takde yang sudi ke nak datang? huhu . *ayat mintak lebih simpati* Cuba korang bayangkan . Korang bukak blog korang, then takde pun komen yang masuk . Sedih tak? Ofkos sedihkan . wahahaa . haish . dah terlebih-lebih pulak simpati . ahahaha . 


Alhamdulillah, esok cuti . Hehe . Jadi Spide bulehlah luangkan masa esok untuk buat nota . Nota sejarah paling penting! nak kena masuk sampai bab 5 . Dahlah Spide baru tulis sampai bab 2 . ahahah . Sebab muasabab Spide tak bat nota adalah kerana Spide terlalu tumpukan pada latihan . Latihan memang lengkap tapi nota ..................... *tak mampu berkata-kata* . Tapi dapat ke Spide buat sampai bab 5? Doakan-doakanlah Spide yer . Hehe . 

muka yang eksaited nak buat homework ...

terus jadi macam


nie ....

bila nampak homework yang

banyak !!


walau macam mana sekali pun, Spide kena siapkan jugak nota ! dapat buat sampai bab 4 pun kira dah bagus ! 

Itu jer yang Spide nak cerita waktu senja nie . Spide nak kena pergi solat cepat nie . Karang terlepas pulak waktu . kan berdosa tu ... 


Sekian terima kasih ....


Ichie : ada beberapa gambar dalam blog nie diambil dari Google . jadi, maaflah kalau korang kata Spide ambil gambar korang . maaf! :)                


               

Monday, 2 April 2012

Apa yang tak terbukak lagi??!!!

Hah!! Apa yang tak terbukak lagi nie?!! Nak tahu kisah lebih lanjut? Mari dekat ..... baca satu-persatu . Dan hayatilah................. *bunyik seram*

Ceritanya macam nie.........


Setiap kali Spide bukak Chrome, perkara yang Spide terjah dulu adalah twitter, facebook dan blog. Tapi hati nie tergerak nak tengok blog dulu . So, Spide pun bukak.  Spide pun scroll ke bawah untuk tengok bahagian BLOG UNTUK DIJENGUK . memang tu pun yang Spide suka tengok . Nak tengok entri terbaru dari blogger-blogger lain. Sekali,,,,, punyalah Spide terkejut! Baca tajuk entri, "Seram.Kain kapan siapa yang tak terbukak lagi tu?" Haish, memang terperanjat sesangat lah masa tu . Dah lah waktu tu cuma Spide je yang ada kat tempat lappy nie . Hadoyai~

*Spide sengaja kasi tulisan tu besar. haha*


*masa nie Spide dah baca entri tu*



hah, apa pulak perasaan korang kalau korang yang kena macam nie? Kongsi lah dengan Spide . :D



Ichie : Kalau korang nak baca jugak entri tu, tengok jer kawasan BLOG UNTUK DIJENGUK Spide tu . Konfem ada punya . :D